Jul 29, 2025 - FASPasukan Esports Selangor Red Giants SRG.OG, (di bawah naungan Kelab Bolasepak Selangor) kebanggaan rakyat Malaysia di pentas antarabangsa, kembali dengan prestasi lebih mantap di Mobile Legends Mid Season Cup (MSC) sempena Esports World Cup (EWC) 2025 yang sedang berlangsung di Riyadh.
Setelah menewaskan pasukan CFU Gaming dari Kemboja dalam pusingan kedua braket bawah, SRG.OG secara rasmi telah melayakkan diri ke peringkat Kalah Mati, dengan membawa harapan seluruh rakyat Malaysia dan para penyokong antarabangsa yang sentiasa setia memberikan sokongan sejak hari pertama misi MSC 2025 ini.
Perjalanan SRG.OG di peringkat kumpulan MSC di EWC 2025 penuh dengan saat manis dan pahit getir perjuangan. Mereka bermula dengan langkah kanan, meraih kemenangan bergaya menentang Virtus.Pro dalam perlawanan pembukaan. Namun, mereka berdepan cabaran getir apabila tewas dalam pertemuan sengit menentang Mythic Seal, yang menyebabkan penyingkiran pasukan ke braket bawah dan memaksa pasukan untuk beraksi dalam mod penentuan demi kelangsungan dalam kejohanan.
Kini, SRG.OG melangkah ke peringkat seterusnya, bukan sekadar memburu satu lagi kejuaraan, tetapi turut memikul harapan seluruh rakyat Malaysia dan penyokong yang terus menaruh harapan terhadap kemampuan mereka. Cabaran yang menanti merupakan pertembungan sengit menentang pasukan RRQ dari Indonesia, satu perlawanan ulangan yang dinanti ramai sejak pertemuan ikonik mereka di Kejohanan Dunia M6. Perlawanan ini akan berlangsung pada pukul 5pm hari Khamis, 31hb Julai nanti.
SRG.OG menyeru seluruh rakyat Malaysia serta penyokong dari seluruh pelosok dunia untuk terus bersama setia dengan mereka dalam misi ini. Ayuh, kita teruskan impian ini dan titipkan doa agar kejuaraan dunia dapat dibawa pulang ke tanah air tercinta.
Bagaimana anda boleh menunjukkan sokongan kepada pasukan:
- Dapatkan jersi rasmi MSC 2025 SRG.OG melalui laman web rasmi: www.selangorfc.com
• Pakai jersi dengan penuh bangga dan kongsikan gambar serta mesej sokongan anda di platform media sosial
• Tag akaun rasmi pasukan di Instagram: @/srg.esportsmy
Setiap sorakan, mesej, dan doa anda menyuntik semangat kepada pasukan dan menyatukan kita semua dalam perjuangan ini. Dengan kejuaraan dunia tahun lalu di belakang mereka dan berjuta harapan di hadapan, SRG.OG kini bersedia untuk bangkit sekali lagi, sebagai lambang sebenar kebanggaan Malaysia. Ikuti perjalanan mereka dan jadilah sebahagian daripada impian ini.
#SRGOG #MSC2025 #StrengthInUnity #DreamAgain